Wednesday, November 12, 2014

Satu ungkapan yang sering keluar dari mulut orang-orang yang menjdikan islam sebagai agamanya...
Setiap perbualan mesti dimulakan dengan ucapan SALAM...
Sebelum masuk ke rumah pon mesti didahului dengan memberi SALAM...
Menjenguk sanak saudara pon mesti dimulakan dengan ucapan SALAM...
Berhubung melalui telifon bimbit pon mesti didahului dengan ucapan SALAM...
Seorang guru yang ingin memulakan pengajarannya mesti memberi ucapan SALAM kepada murid-muridnya...
Dalam Ibadah solat sendiri menjadikan ucapan SALAM sebagai salah satu rukun solat yang wajib dikerjakan...
Ucapan salam sememangnya telah sebati dengan apa sahaja amalan kehidupan seharian seorang muslim...
Hukum kita memberi ucapan salam adalah sunnah yang mana menjadi amalan Rasulullah S.A.W ketika baginda masih hidup. Satu ucapan yang disebut mengikut sebutan bahasa Arab iaitu bahasa Rasulullah S.A.W. Walaupun muslimin & muslimat di muka bumi ini terdiri daripada pelbagai kaum dan menggunakan pelbagai bahasa pertuturan, ucapan salam tetap disebut dalam bahasa Arab
Namun pada masa kini ramai muslim yang memberi salam tidak mengikut sebutan yang betul yang menyebabkan maksud salam yang diberikan tidak sama dengan maksud yang sebenarnya. Ada juga segelintir muslim yang memberi salam dengan hati yang tidak ikhlas. Tidak ikhlas dalam memberi salam dapat digambarkan dengan memberi ucapan salam dengan mimik muka yang kurang enak dipandang, sebutan yang salah, asalkan bunyi “kum” di belakang jadilah. Keadaan begini yang menjadi fenomena kepada orang-orang islam pada masa kini...